Tuesday, 12 November 2019

My Night Regime


This is my MUST use night regime…I started using this in 2011....I hit 30s and was going through hormonal changes. So whatever skincare regime that worked for me in my 20s didn't work anymore. Masa tuh sibuk mencari solution untuk acne…habis semua saya try…medicine, serums, pills...Lepas semua solution di drugstore saya cuba tanpa kejayaan...saya beralih ke internet for natural solution. 

Masa tuh natural skincare was the rage but mostly kat overseas lah ye. Rata-rata they recommend rosehip seed oil...I was like???
  • Guna minyak boleh rawat jerawat? 
  • Bukan punca jerawat MINYAK ke? 
  • Mana pulak nak cari minyak nih kat Malaysia. 
I was like. Oklah since commercial product not working anymore, saya usaha untuk dapatkan rosehip seed oil. Saya cari yang Organic & Cold-pressed. Cuma 1 saya kena bersedia...natural solution akan ambil masa. Macam pelaburan ASB. Simpan setahun dividen ok je. Tapi kalau simpan dah hampir sepuluh tahun compounding dividen memang berbaloi-baloi.

Pengalaman sendiri:

Betul lah kata natural skincare bloggers. Natural solution memang makan masa. Masa saya mula guna rosehip seed oil nih memang tiada perbezaan langsung kat kulit. 2 bulan pertama, ya ampun my T Zone berminyak tahap boleh goreng telur lah. Tapi jerawat baru tiada. Kulit tak kering, jadi saya teruskan aje. Beberapa bulan tuh muka memang sentiasa berkilat aje (glowing dek kerana minyak ye).  Masa tuh malam saya guna Rosehip Seed Oil and siang saya guna Virgin Coconut Oil. (Both oil cold pressed & organic). Saya juga gunakan Aloevera gel (yang kandungnye 99% aloevera & 1% gel).

Saya mula nampak perbezaan lepas 6 bulan. Lepas guna 2 botol rosehip seed oil. Jimat guna minyak nih sebenarnye, coz sekali pakai cuma 1 pump aje. Ratakan sekata ke kulit muka. Saya guna sebelum tidur. Pagi bangun kulit muka lembab dan berseri2 ye….Dah nak 40 nih saya tambah kepada 2 pump sekali guna. Maklumlah kulit semakin kering as you age.

Don't get me wrong ya..rosehip oil sahaja tak cukup to fight acne. I made a lot of lifestyle changes. I even went to skin specialist. I had to combat acne inside out. I had to combat not just new acne but also cyst and scar left behind by acne. Oil became one of my treatment regime.

Lepas setahun guna saya sangat berpuas hati, jadi saya up penggunaan minyak nih. saya mula experiment penggunaannye. Saya guna untuk rambut, tumit pecah, siku & lutut. Saya juga mula tambahkan minyak nih ke dalam product saya sendiri, Zblend. Hasilnye selama hampir 8 tahun saya guna memang sangat berpuas hati. 

Peringatan:
Ada juga mereka yang tidak sesuai dengan rosehip seed oil nih…seperti kulit pedih2, mengelupas dan keluar ruam. Cadangan saya cubalah minyak Argan atau Tamanu Oil ye? Unless you are allergic to nuts then next in line is Virgin Coconut Oil (VCO), Apricot Kernel Oil, Avocado Oil. 




1 comment:

  1. macam mane nak contact kalau nak beli homemade product awak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...